Friday 8 June 2012

#life



Bukan semua orang berani untuk cakap;


"Aku sayang kau."

Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu;



"Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?"

dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan bilang;



"Aku salah tadi. Aku minta maaf" -terfaktab-





p/s : itu la lumrah manusia. salah orang nampak. salah sendiri ta nampak. suka menyalahkan orang lain.

terima kasih kerana sudi membaca :)

Monday 28 May 2012

RODA







lihat roda ni dan mula berfikir ......
adakah perjalanan hidup ni macam roda? ya. kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. dan bila kita jatuh tersungkur, jangan malu untuk bangkit berdiri lagi :'D

terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday 24 May 2012

Duniawi . . .

Dalam dunia ni, setiap yang mempunyai hujung, pasti akan ada hujungnya yang lagi satu di satu sudut yang lain. Setiap yang bermula, pasti akan bertemu dengan pengakhiran. Setiap yang ada, pasti akan tiada semula. Setiap yang di atas, dengan kuasa alam, dia akan jatuh juga. Tiada apa yang kekal selamanya di tanah pinjaman Tuhan ini.




"Manusia cepat melatah. Setahu aku. bila seseorang tu fikir diri dy bagus, hebat sangat, mula la dy berfikiran negatif dan berburuk sangka dengan orang lain. It's like everything he do is the best. And everysingle thing he says always right." - orang macam ni, tak sedar diuntung. C'on la. be professional. i'm not good at it, but i'm trying too. And, at leastt. jangan la buruk kan orang pada orang lain bilamana kau tahu (aku pun tahu) diri tu tak lah sebaik mana. 



























kadang-kadang manusia ni cepat lupa. bila dy dalam kegembiraan, sembahyang pun boleh lupa. Bila dalam kesusahan baru nak cari Tuhan mana. Kau agak-agak, doa kau termakbul tak lepas ni ? Agak-agak, siapa nak tolong kau bila kau dalam kesusahan bila kau selalu lupakan Dia ?










terima kasih kerana sudi membaca :)

Monday 21 May 2012

bulan rejab

assalamualaikum....





harini (12:30am/selasa/22mei) merupakan 1 rejab. kita sebagai umat islam digalakkan untuk melakukan ibadah puasa sunat pada bulan rejab ni. sebab banyak pahala kita boleh dapat taw.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."


Sabda Rasulullah SAW: 


“Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”






banyak pahala kita dapat kalau kita buat baik masa bulan rejab . bulan ni la kite kena banyakkan :




1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.









bila tiba bulan rejab, tu maknanya ade lagi dua bulan je na bulan ramadhan . bulan kita semua berpuasa. hihi. korang da ganti puasa belum ? nanti tak dapat raya. yang dapat cuma dosa. ngee~





selamat melakukan ibadah ! :)
terima kasih kerana sudi membaca :)

DEBAKK !! :D

mood study~~ ohh mood!~
sedar tak sedar. dah bulan 5. AKHIR BULAN 5 ok. ahaa. slip exam da dapat pun. tapi mana pegi mood belajar ? ouhhh. kemalasan sangat. hihi.


bila tiba rasa malas..... aku pun mencadangkan diri aku supaya tengok running man sambil baca buku! daripada aku tido. kankan??? haha (macam la bace sangat buku tu. hikkk)














alahaiii~ sweetnyeee "MONDAY COUPLE" nii. but the reality is,diorang ni cuma berLAKON aje.humm





..............




"tetibe.. syok tgk RM, buku pun hilang.kehhkehhehhh"







terima kasih kerana sudi membaca :)

Wednesday 16 May 2012

tutorial...

assalamualaikum...


hhihihi. haii~ 
entry ni cuma copy paste dari blog lysaa . dy ni banyak buat tutorial macam mana nak cantikkan blog. ewahh. tp aku just nak share jela. macam mana nak buat CCTV yang macam kat blogt aku nehh. hehhee. nanti satu kelas boleh la pakatt letak sama macam kat blog aku ni. hihi XD








ikut step kat bawah ni taw :






1. Dashboard > Design/Layout > Add A Gadget > Html/JavaScript

2. Copy kod ini :


<div style="position: fixed; top: 0px; right: 0px;">
<center><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb0n8y1ayBcIjxnePyvMY365DMYbY7LOVFRIpsNCvh6_N2wXHrgxR8uzvv5zn4P0xOn3pR7nQP_MWeB9EWbTuVx4a_CuBeKNEx3I2ON5pW6WHG_agAqgGZI6-Nem3pYr08bLQArKqYOGc/s1600/cctv.gif"/></center></div> 


3. Paste di ruangan html/javacsript tu ok ?

4. Kalau nak sebelah kiri , tukarkan perkataan warna pepel tu kepada "left" . 

5. Then , SAVE !





pastu korang tgk laa. menjadi ke tak korang punya CCTV tu . hihi
selamat mencuba! XD








terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 15 May 2012

final exam

assalamualaikum...

ape kabar? jadual exam da boleh amekk, kan?kan? korang da amek ke belum? emm. da tgk tarikh exam ? haih. kenapa la abes lambat. aku punya banyak pulak tu gap dy. lupa pulak na amek gamba dan tunjuk kat sini. ala, takpe laa. yang penting exam aku habis 21/6/2012. haih. cuti kejap sangat. dah naik sem 3 @ short sem. aku amek taw. 3 subjek lagi.! dala. tu je na cakap.

sempena menghadapi final exam.. aku kasi siket gamba ni .
pembakar semangat untuk study ! haha. untuk aku je maybe . hehee













final exam da na tiba. DEBAKK ! XD
terima kasih kerana sudi membaca :)

Monday 14 May 2012

apa pandangan aku terhadap binatang/haiwan di Malaysia?

Assalamualaikumm....

entry kali ni just na share tentang diri aku siket. binatang/haiwan yang aku paling takuttt and geli gilaaa ~~ euww.euwww~




euwww~





evil predator





kecik, tapi menggelikan .errrr






ala-ala monyet KKM. sangat menyeramkan dan JAHATTT !






meowww!~ comell. tapi aku trauma dengan kucing sebab kenangan mase kecik. kena cekau dengan kucing :(







p/s : hanya untuk tontonan umum jaa. hehe
terima kasih kerana sudi membaca :)

Sunday 6 May 2012

happy birthday to ME !

assalamualaikumm....





hye there ~
entry kali ni tade ape pun. just na wish kat diri sendiri, HAPPY BIRTHDAY ! XD














terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 1 May 2012

cutiii~

assalamualaikum...




sekarang dah masuk bulan 5 dan awal bulan 5. hari ni cuti (selasa) sebab hari ni merupakan hari pekerja. wahhh~ seronoknyee takde kelas. aipp. tade kelas aplikasi pulak tu. tapi kena la tulis entry kat blog sebab di akhir kuliah nnti kan semua orang kena present kat depan :))
tapi harini aku ta tawu na tulis ape. mybe sebab hari ni aku terlalu gembira kot . yela. tade kelas makro, statistik, dan ,,, ehemmm. aplikasi! haha















terima kasih kerana sudi membaca :)

Sunday 29 April 2012

happy birthday XD

happy born-day, SIS ! :))









selamat hari lahir yang ke 22, long. may Allah bless you. muahahhaa ;*
tade kek or even hadiah na kasi. tapi tengok je la secret recipe's cakes ni. hoho





terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 17 April 2012

BENCI timeline !

ape pasal fb aku dah jadi timeline ? huh , ni sume gara-gara jari gatal aku pegi bukak fb orang yang dah bertimeline! huh! kalau tak tekan . mesti ta jadi macam tu kan! adeh . hilang sudah privacy aku yang aku simpan selama ni ?!! grrrr !







terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 10 April 2012

secret recipe's cake ouhh~

nyumm~ nyummm~~
bila lalu restoran secret recepe. umphhh~~ bauu dy, melekatt kat hidung weh. haha
makanan dy sedap. tapi bg lidah jawa aku ni, rasa macam "biasa-biasa" je. makan situ pun bila ade duit lebih. kehkehh. baru dua kali . tu pun nasib baik kan ade orang nak belanja . ngehhh XD













btw. kek dy sangat sedapp. sedap sangat ! better korang try la. kat sini ade macam-macam perisa, dan perisa tersebut sangat sedap :))






chocolate indulgence .





nyum~~ blueberry cheese cake.








oreo cheese cake! 




and many moreeee ~~

look delicious rite ?! ouhh. kalau la dapat makan semua ni . hewwhewww ;)





terima kasih kerana sudi membaca :)

Sunday 8 April 2012

TUMBLR

assalamualaikum....




tumblr . ape tu ? ouhh . bukan bekas tempat letak air tu la.. ni tumblr guna internet. it's like blog, boleh kate macam facebook jugak. tapi kat sini kebanyakan orang just letak gamba je. and those pictures are very-very-veryyy beautiful. sangat cantik. kalau tak percaya, g la google pape je. tapi letak tumbr kat belakang dy. macam ni...










tekan image, then akan keluar gambarr kat bawah ni. cantik kan gamba2 dy ? 











sesuai bagi orang yang sukakan seni . hihi :)
dan aku ade satu account tumblr. dan ia sudah pun bersawang.! heh





terima kasih kerana sudi membaca :)

Friday 6 April 2012

my first doodle :)

assalamualaikum....


korang tawu ape tu DOODLE ? doodle ni macam katun , tapi kite buat sendiri . aku buat pakai paint je . na download dy punya software ke jadah tuu tadi ta dapat laa . kalau ta mesti jadi lagi cantik ; perasan !





tapi ni percubaan pertama je . aku tawu ta lawa . ehehekk . okeoke . t dah dapat bende alah yang boleh buat DOODLE dengan lebih cantik , aku try lagi . yang ni 5 minit pun dah boleh siap . dengan kepakaran faika yang bagi idea letak kaler rambut dy . tu yang nampak pelik sket katun tu . haha :D





TARAAAAA ~ ~ ~ 





cantik tak ? cantik ? tak ? ok tak ! fine =.=''






p/s : kalau nak doodle cantik, kena ada adobe photoshop ye! XD



terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 3 April 2012

my video ...

JENG... JENG... JENG...
taraaa ~


terima kasih kerana sudi membaca :)

Saturday 24 March 2012

jambatan cinta :)

jambatan cinta. menarik kan nama dy ? jambatan ni cuma ada dekat german je. dan sangat menarik plus unik plusss sangat warna-warni. hoho






















yang membuatkan jambatan ni sangat comel adalah...jeng..jeng..jeng.. jambatan ni dipenuhi dengan padlocks cinta ! <3











terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 20 March 2012

lapar :')

laparrr.. dan tetibe tepikir nasik ayam penyett kat kotaraya . pehh. sedap gilaaa. makan banyak kali pun lapa lagi. ouhh~ :)










hummmm. kenyang bila tengok gambar nii XD





terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday 15 March 2012

Assalamualaikum...




humm. oke. i'm a big fan of one of a famous blogger. kikikiiii. his blog is theotherkhairul aka mr. K. first sekali baca blog dy. wow! awesome gila! aku akan jadi sangat-sangat-sangattt teruja bila baca blog dy. dy buat aku jatuh cinta pada penulisan dy. dan aku dapat rasakan dy seorang yang sangat romantik. err. memandangkan lisa surihani dah kawin. aku rasa simpati dekat kookie aku ni. selalu dy cite pasal lisa dan segala-galanya indahh.. kahkahh. tapi lisa dah kawin. dy jadi heart-broken siket. haha. tape2 mr K,, aku ade. wee ~~







muka aku pun ala-ala muka lisa jugak ape. haha

terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 13 March 2012

my assignment

CLICK to see :)

https://docs.google.com/open?id=0B4K-udbblbIbYnhsdGdzbWVTcC1JbWpyWnRTTUxoQQ





p/s : dah terlambat baru nak terhegeh2 buat ! sorry :(
terima kasih kerana sudi membaca :)

hari ini ! ~

sila baca word note ! ada test !!! BUKAK SPIN eh !!




p/s : pening !
terima kasih kerana sudi membaca :)

Wednesday 7 March 2012

stress ???



Assalamualaikum....












rasa nak marah ?? rasa bengang ?? CONFIUS ?? 
ni haa..care2 na hilangkan stress korang yg tak boleh nak dikawal tuh :

1. Firstly..korang kena la banyak kn senyum..klu sneyum..comfirm masalah tu hilang.tak bnyak.sket la..drpd korang bebel ta tentu psl..marah2..kn dah tambah dosa..lebih baik korang bg sedekah.korang jugak yg dpt pahala..knkn?

2. Atau korang rase korang lebih suka bersendirian.ok jgk tu.drpd marah2 org lain yg tak de kne mengena kn..tp jgn pulak buat benda tak senonoh kn..jgn cuba2 yea..nnti bkn susuhkn diri sendiri..tp mak bapak korang jugak yg akn susah..pk2 la yea..

3. Peluk..selalu kan klu kite sedih..kita akn peluk someone..ta kira la parents kita ke kawan baik kita utk kurang kan stress kita tu..tp peluk yg sama jantina sahaja yea..

4. Lastly, buatlah sesuatu yg korang minat agar korang boleh lupakan masalah korang..mcm aku..aku akan buat bintang yg dari kertas tu bnyak2..hilang sket stress aku tuh..

Tp aku rase ape yg paling bagus dan berkesan sekali korang buat la solat hajat n banyak2 kn berzikir..bg yang beragama islam la..tp klu korang tak boleh sembahyang, amek wuduk n berzikir pon da memadai..insyaAllah masalah korang boleh hilang..mari kita amalkan bersama2 :)

terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 6 March 2012

i'm not perfect , but i love you perfectly :)

“The one you love and the one who loves you are never, ever the same person.” -Chuck Palahniuk-








p/s : Sometimes falling in love is more hurt than fall of the bridge :)
terima kasih kerana sudi membaca :)

CINTA

Janganlah kau angkuh melaungkan 
Si dia kepunyaanmu .
Atau kau kepunyaan si dia .
Kerana hakikatnya ,
Kita tidak pernah memiliki sesiapa 
Walau sekeping hati seorang insan .

Tidak kah kau sedar 
Hukum alam menyatakan 
Mencintai tidak semestinya memiliki ?
Manusia pandai berpura-pura
Berlakon di pentas dunia ,
Dan bertopeng menutup rahsia .

Tetapi hati ,
Tidak pernah berdusta pada empunya 
Tentang perasaab yang bergolak di dalamnya .
Tidakkah kau sedar 
Mungkin si dia melafazkan 
Ungkapan cinta pada mu
Tetapi hati dan perasaannya
Tidak pernah berniat begitu .
Dia hanya berselindung 
Di sebalik sejuta alasan 

Dan kau ,
Begitu jujur dan setia mencintainya 
Sehingga terlupa
Hukum alam menyatakan 
Mencintai tidak bermakna memiliki 
Sesungguhnya "Aku tidak pernah memiliki dirimu" dan "Kau juga tidak memliki diriku"

Mengertilah ,
Kita sebenarnya adalah kepunyaan
Yang Maha Esa 
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
Kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuanNya jua kita kembali .





















p/s : " Kadang kala Allah sembunyikan matahari , Dia datangkan petir dan kilat . Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari . Rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi " :)




terima kasih kerana sudi membaca :)

Sunday 4 March 2012

#1

assalamualaikum ...


the beginning of semester 2.
study... study.... study....







p/s : study hard . don't break my heart . that's what my father said every time we met .



terima kasih kerana sudi membaca :)

Wednesday 29 February 2012

my entire life

ni laahh family aku. ramai kan? 8 orang je cukupp. adik 4 pun da cukup menyesakkan nafas aku. ahaa. tapi seronok! advantages and disadvantages ade adik beradik ramai ni tau. gaduh memang selalu. tapi bila da jauh ni. rasa rindu. rindu sangat!~ 
ehemm.ehemm..malu pulak.hehehehh

















totally 2 generation siblings . muahhaaa XD






terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday 23 February 2012

hyep, blogger!~

hyeeee ... ini belog saya taw.. sila la FOLLOW ! ~ 













terima kasih kerana sudi membaca :)

Tuesday 21 February 2012

introduction for today

Assalamualaikum .


another new blog for this month . ahaa . tapi ni guna gmail . for the first time aku guna selain dari yahoo .
memandangkan blogging ni dah macam hobi bagi aku . ade 2 + 1 log pun ta jadi masalah . tapi yang terjadi masalah bila aku lupa url blog sendiri . tak pun password aku sendiri . haih =.=''




by the way ....



taraaaa !!! FT .
selamat datang ke blog saya :D




p/s : check this website every week . APLIKASI KOMPUTER  (CLICK!!!)
terima kasih kerana sudi membaca :)